Wednesday 16 September 2015

keretapi tanah melayu

Perbadanan Aset Keretapi (PAK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), berkuatkuasa pada 1hb. Ogos 1992, melalui Jilid 36 No.16 yang diwartakan pada 30hb Julai 1992.
PAK mula beroperasi secara rasmi sebagai sebuah organisasi pada 1hb. Oktober 1992. Serentak dengan penubuhan PAK, Keretapi Tanah Melayu, sebuah entiti awam yang telah wujud semenjak tahun 1894 telah dibubarkan serta dijadikan syarikat korporat yang dinamakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
.
Pada masa yang sama, bagi mengawal selia perkhidmatan keretapi yang dijalankan oleh KTMB ini, Jabatan Keretapi turut ditubuhkan bagi memastikan perkhidmatan keretapi sentiasa berada di tahap yang selamat dan operator yang menyediakan perkhidmatan keretapi merupakan operator yang berlesen dan berkeupayaan.
Dengan pengkorporatan operasi perkeretapian ini maka tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada PAK adalah seperti berikut:
  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset dan tanggungan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan perletakhakan tanah keretapi milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan sebelum 1 Ogos 1992 kepada PAK;
  2. Melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur keretapi; dan
  3. Membiayai pembangunan infrastruktur keretapi yang telah dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti penyewaan dan pajakan tanah-tanah keretapi serta peruntukan dari Kerajaan.

PENERAJU PAK

No comments:

Post a Comment